Thursday, August 9, 2012

Pilihan Hati

Aku bertanya kepada ibu, "ibu, mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau orang yang kita sayang?"

Ibu jawab, "dua-dua bukan"

Aku tercengang. Ibu mengukir senyuman.

"Pilihan hati yang terbaik adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." kata ibu lagi. 

Tuesday, August 7, 2012

Sama Tapi Berbeza

Kita nampak sama tapi hakikatnya berbeza. Kau berpakaian kemas, aku pakai tak seberapa. Kau mempunyai ramai rakan, aku cuma ada segelintir sahabat. Kau mempunyai rupa, aku sederhana sahaja.

Nampak tak kita berbeza? 

Aku tak mampu untuk menyerupai kau. Cukuplah sekadar aku mengikut hala tuju aku sendiri.